Saturday, 26 March 2011

Video Projek Kumpulan (Congkak Tempurung)


Ahli Kumpulan:
>Mohd Zairil Hafiz bin Aziz (A127681) 
>Mohd Faizal bin Ismail (A128748)
>Muhammad Anuar bin Maulod (A130797)
>Nurmariam Aisyah binti Hashim (A130905)
>Muhammad Nabil bin Jamil (A130944)

Tuesday, 22 March 2011

10 Foto Projek Individu (Bekas pengasah pensel)











Bahan-bahan yang digunakan:
* bekas makanan ringan terpakai (Mister Potato)
* pengasah pensel
* gelung pita pelekat terpakai
* penyembur cat
* kotak
* gam

Kebaikan sebagai bahan bantu mengajar :
> sesuai digunakan untuk mengasah pensel warna untuk subjek Pendidikan Seni
> sesuai digunakan untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup
> tidak lagi perlu mencari tong sampah apabila ingin mengasah pensel
> mendidik kanak-kanak supaya menjaga kebersihan
> mengatasi masalah kehilangan pengasah pensel akibat tercicir atau tersalah letak disebabkan saiz asalnya yang kecil
> ringan dan mudah dibawa
>gelung pita pelekat bertujuan untuk mengukuhkan lagi rekaan serta untuk menutup lubang pengasah pensel bagi mengelak habuk pensel keluar.

Monday, 21 March 2011

Kredibiliti maklumat di Internet sebagai sumber rujukan pembelajaran

Pada masa kini, Internet telah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat. Pengguna melayari Internet untuk pelbagai tujuan, antaranya untuk membaca berita terkini, mencari bahan rujukan untuk tugasan, memeriksa mel elektronik dan berhubung dengan rakan-rakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.



Internet merupakan sumber ilmu pengetahuan tanpa batasan. Walaubagaimanapun, segala maklumat yang terdapat di Internet adalah tidak semestinya tepat, benar dan berasaskan fakta. Setiap pengguna Internet boleh menulis dan mengubahsuai maklumat yang terdapat di Internet dan tiada pihak yang mampu untuk bertanggungjawab bagi mengawal dan menapis setiap maklumat yang dimuatnaik ke Internet. Ini menyebabkan banyak berlakunya penyalahgunaan seperti penyebaran maklumat-maklumat palsu, fitnah dan penipuan.

Sebagai seorang mahasiswa, Internet merupakan salah satu sumber rujukan dalam pembelajaran. Ini kerana, maklumat di Internet adalah lebih mudah dan cepat untuk diperolehi berbanding penggunaan sumber rujukan bercetak seperti buku. Pelajar hanya perlu membuat pencarian menggunakan kata kunci yang bersesuaian dan memilih maklumat yang berkaitan. Akan tetapi, kebebasan menulis di Internet menyebabkan kebanyakan maklumat yang diperoleh melalui Internet dikhuatiri tidak berkredibiliti dan tidak relavan untuk digunakan sebagai sumber rujukan bagi tujuan pembelajaran.

Sebagai contoh, Wikipedia.org adalah sumber maklumat yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana maklumat yang terdapat pada laman web tersebut boleh ditulis oleh sesiapa sahaja dan ia juga boleh diubahsuai oleh pengguna lain selain penulis maklumat tersebut.



Saturday, 5 March 2011

10 Video Teknologi dan Inovasi

1. XBox Kinect
Permainan video tanpa alat kawalan



2. Transformasi Kasut Nike
Kasut berjenama Nike yang boleh bertukar menjadi robot.



3. Express Coach
Rekaan bas untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.


4. Water Fueled Car
Kereta yang menggunakan air sebagai sumber tenaga.


5. Teknologi dalam Pendidikan
Sejarah penggunaan teknologi untuk tujuan pendidikan.



6. Penyembur Fabrik
Semburkan fabrik pada badan untuk dijadikan pakaian.


7. Lampu Suluh LED tanpa bateri.
Menghasilkan tenaga hanya dengan melakukan genggaman tangan.



8. Kamera Fujifilm Finepix W3 Real 3D
Kamera digital ini boleh menghasilkan gambar 3 dimensi.


9. Televisyen Hologram
Imej dipaparkan di udara (tanpa skrin) dan kelihatan seperti objek sebenar (3D).


10. Robo-cop
Robot untuk membantu pengawal keselamatan melakukan rondaan di kawasan yang luas.

Tuesday, 1 March 2011

10 Gambar Teknologi & Inovasi

1.       XBOX Kinect



Kinect adalah sebuah kamera pengesan pergerakan (motion sensor) yang berupaya mengesan pergerakan manusia untuk mengawal permainan video tanpa menggunakan controller. Kinect hanya perlu disambung pada konsol permainan video XBOX360, kemudian segala pergerakan pemain akan dikesan oleh Kinect bagi membolehkan pemain mengawal permainan video hanya dengan melakukan pergerakan yang bersesuaian. Pemain kini dapat bermain permainan video bebas alat kawalan jauh kerana tubuh badan mereka sendiri telah menjadi controller.


2. Papan kekunci fleksibel dan tahan lasak


Papan kekunci yang bercahaya dalam gelap ini adalah papan kekunci tahan lasak yang tidak mudah rosak, kerana ia kalis air dan sangat fleksible.  Ianya mudah alih kerana ia ringan, dan boleh digulung bagi menjimatkan ruang. 

3. Komputer Riba Tahan Lasak (Toughbook)



Komputer riba Toughbook ini adalah komputer mudah alih tahan lasak. Ia kalis air, boleh menerima hentakan kuat, tahan habuk dan komponen-komponen komputer ini diperbuat daripada bahan yang tidak mudah pecah atau rosak.  

4.  3D Express Coach


3D Express Coach telah diperkenalkan di China untuk mengatasi masalah krisis kepadatan populasi penduduk yang sering menyebabkan kesesakan lalu lintas. 3D Express Coach adalah keretapi berkuasa elektrik tanpa landasan. Ia bergerak melalui landasan yang direka khas sebahagian daripada jalan raya yang sama digunakan oleh pemandu kereta.  Ia berjalan di atas kereta bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan menggunakan tenaga elektronik bagi mengurangkan pencemaran.

5. StressWatch


StressWatch mempunyai sensor pintar  yang dapat membaca degupan jantung dan suhu badan bagi mengukur tahap stress seseorang. Ia dipakai pada pergelangan tangan seperti jam tangan. Grafik hitam pada StressWatch adalah meter stress dan latarbelakangnya yang berwarna warni adalah penyukat tahap stress pengguna. Warna biru dan hijau bermaksud pengguna StressWatch sedang  berada dalam mood tenang dan ia akan bertukar kepada warna oren dan merah bagi menunjukkan bahawa pengguna sedang mengalami stress dan tekanan.

6. Handheld Attack DVR


Bagi mereka yang selalu berjalan berseorangan di bandar pada waktu malam terutamanya wanita, mereka akan terdedah kepada ancaman yang berbahaya daripada individu yang berniat jahat.  Handheld Attack DVR merupakan sejenis alat mempertahankan diri yang boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya kecil dan ringan. Apabila alat ini diaktifkan,  ia akan memancarkan cahaya LED berwarna merah dan mengeluarkan bunyi bising yang mampu menarik perhatian orang ramai dan menakutkan penyerang.  Selain itu, ia juga berfungsi untuk merekod audio dan video beresolusi  640 x 480 yang kemudiannya boleh dimuat turun ke komputer melalui kabel USB.

7. Lampu Suluh Kecemasan

Lampu suluh ini tidak menggunakan bateri, oleh itu ia boleh digunakan pada bila-bila masa secara berterusan terutamanya ketika kecemasan.  Lampu suluh pintar ini boleh dicas hanya dengan mengoncangkannya. Ini kerana, lampu ini dilengkapi dengan koil, magnet dan kapasitor. Apabila digoncang, magnet akan bergerak melalui koil untuk menghasilkan tenaga dan disimpan di dalam kapasitor. Tenaga yang disimpan di dalam kapasitor membolehkan lampu suluh menyala selama 30 minit, kemudian ia perlu digoncang semula untuk memyimpan tenaga. Pengguna guna tidak perlu menukar mentol lampu kerana lampu suluh ini menggunakan LED putih yang menghasilkan cahaya yang lebih terang berbanding mentol. 

8. Basikal Mudah Alih


Basikal ini direka khas untuk memudahkan pengguna untuk menyimpan dan membawa basikal ini ke mana sahaja. Basikal ini boleh dilipat bagi menjimatkan ruang apabila ingin disimpan. Ianya mudah di bawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil apabila dilipat. Tambahan pula, ia juga sangat ringan dan tahan lasak kerana diperbuat daripada fiber karbon.


9. 2-Dalam-1: Basikal dan Kereta Sorong Bayi

Rekaan ini menggabungkan basikal dan kereta sorong bayi. Dengan alat ini, para ibu dapat membawa bayi mereka bersiar-siar di taman, sambil si ibu bersenam dengan mengayuh basikal. Kereta sorong yang terletak di bahagian depan basikal sesuai untuk kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun dan basikal pula sesuai untuk seorang wanita atau lelaki dewasa. Ia turut dilengkapi dengan tempat menyimpan barangan bayi seperti kebanyakan kereta sorong bayi.  

10. HandyCooler Personal Air Conditioner

Handycooler Personal Air Conditioner adalah penghawa dingin mudah alih . Pengguna hanya perlu membasah span khas yang tersedia pada gajet ini dengan sedikit air dan penapis air pada gajet ini akan menghasilkan udara sejuk . Selain itu, gajet ini juga berfungsi sebagai pelembap udara bagi mengelakkan alahan.  Ia bersaiz kecil dan ringan, memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana untuk menikmati udara sejuk pada bila-bila masa.

Biodata Peribadi

  • Nama : MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD
  • No Matrik : A130797
  • Program : Komunikasi dan Pengurusan Maklumat
  • Tahun Pengajian : Dua (2)
  • Semester : Dua (2)
  • Sesi: 2010/2011
  • Subjek: GGGE 2123 Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan
  • Pensyarah Tutorial : Mejar Mohd Jasmy bin Abd Rahman
  • Hari: Selasa 
  • Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam
  • Tempat: Makmal 3 Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.