Monday 21 March 2011

Kredibiliti maklumat di Internet sebagai sumber rujukan pembelajaran

Pada masa kini, Internet telah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat. Pengguna melayari Internet untuk pelbagai tujuan, antaranya untuk membaca berita terkini, mencari bahan rujukan untuk tugasan, memeriksa mel elektronik dan berhubung dengan rakan-rakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.



Internet merupakan sumber ilmu pengetahuan tanpa batasan. Walaubagaimanapun, segala maklumat yang terdapat di Internet adalah tidak semestinya tepat, benar dan berasaskan fakta. Setiap pengguna Internet boleh menulis dan mengubahsuai maklumat yang terdapat di Internet dan tiada pihak yang mampu untuk bertanggungjawab bagi mengawal dan menapis setiap maklumat yang dimuatnaik ke Internet. Ini menyebabkan banyak berlakunya penyalahgunaan seperti penyebaran maklumat-maklumat palsu, fitnah dan penipuan.

Sebagai seorang mahasiswa, Internet merupakan salah satu sumber rujukan dalam pembelajaran. Ini kerana, maklumat di Internet adalah lebih mudah dan cepat untuk diperolehi berbanding penggunaan sumber rujukan bercetak seperti buku. Pelajar hanya perlu membuat pencarian menggunakan kata kunci yang bersesuaian dan memilih maklumat yang berkaitan. Akan tetapi, kebebasan menulis di Internet menyebabkan kebanyakan maklumat yang diperoleh melalui Internet dikhuatiri tidak berkredibiliti dan tidak relavan untuk digunakan sebagai sumber rujukan bagi tujuan pembelajaran.

Sebagai contoh, Wikipedia.org adalah sumber maklumat yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana maklumat yang terdapat pada laman web tersebut boleh ditulis oleh sesiapa sahaja dan ia juga boleh diubahsuai oleh pengguna lain selain penulis maklumat tersebut.



17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Bagi saya, semua orang tidak kira tua mahu pun muda menggunakan internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat sama ada dalam mencari bahan rujukan, membaca berita terkini dan sebagainya. Untuk mengukur kebolehpercayaan sesuatu maklumat dalam penggunaan internet ini sebenarnya bergantung kepada keupayaan individu dalam menilai sama ada ia merupakan sesuatu yang boleh menjadi rujukan yang ilmiah atau pun sebaliknya.

    ZAINI BINTI ABDUL AZIZ
    A128256
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
    TAHUN 2, SEM 2 (2010/2011)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. internet sememangnya penuh dengan lambakan maklumat dari seluruh dunia.namun begitu bukan semuanya boleh dipercayai dan digunapakai.pengguna seharusnya meneliti sumber maklumat tersebut agar tidak terpedaya dengan maklumat yang palsu.

    faizal bin ismail
    a128748
    komunikasi dan pengurusan maklumat(fssk)
    tahun 2 sem 2(2010/2011)

    ReplyDelete
  5. Internet adalah cabang kepada teknologi informasi dan maklumat. Pengembangan dunia satelit dan penyiaran telah menjadikan internet antara sumber ilmu yang utama.

    Saban kali, ia menjadi tempat rujukan bagi mendapatkan info dan jawapan kerana pengaksesannya lebih cepat dan mudah.

    Sekolah juga merupakan badan kerajaan yang menggalakan penggunaan iinternet. Maka, tidak hairan hampir keseluruhan sekolah dalam negara mahupun peringkat antarabangsa mempunyai kemudahan mengakses internet.

    Hal itu, adalah dari sudut positif. Namun, kecenderungan untuk penyalahgunaan internet juga mungkin berlaku.

    Ia disebabkan oleh kurangnya kesedaran kepenggunaan dan pemantauan yang kurang berkesan.

    Kesannya terdapatlah tingkahlaku plagiatrisme, konspirasi maya, web berunsur fitnah dan penularan ilmu tidak bermanfaat.

    Maka untuk membentuk generasi yang berminda telus, terbuka di samping sahsiah yang tinggi perlunya pemantauan dalam menggunakannya. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka semenjak kecil.

    Begitu juga dengan tahap kawalan akses di negara kita. Perlunya pertubuhan yang mengawal dan menapis laman-laman yang berunsur negatif.

    Semoga internet dapat membekalkan keberkatan ilmu dengan jayanya.

    NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial: 8-10pm

    ReplyDelete
  6. Hakikatnya, tiada kaedah atau cara yang spesifik dalam menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu maklumat dalam Internet. Seperti yang diperbincangkan, pengguna mudah menambah atau mengubah sesuatu maklumat yang terdapat di Internet yang menjadikan tahap kesahihannya berkurangan.

    Bagaimanapun, terdapatnya kaedah yang membolehkan pengguna mendapatkan sumber maklumat yang sahih. Antaranya adalah bahan yang diterbitkan melalui agensi atau badan yang berkaitan dengan maklumat tersebut. Contohnya adalah seperti laman web berita. Sebelum sesuatu isu diterbitkan, mereka seharusnya mengesahkan maklumat tersebut. Ini bagi mengelakkan mereka sendiri di saman sekiranya berita yang disampaikan itu adalah tidak benar.

    Selain itu, penggunaan Google Scholar yang menempatkan himpunan maklumat berkaitan akedemik yang diterbitkan oleh Institusi Pembelajaran serata dunia banyak membantu pengguna dalam mencari maklumat yang sah. Setiap bahan yang diterbitkan melalui proses akedemik yang tinggi, menyebabkan segala maklumat yang disampaikan perlu betul kerana jika tidak boleh mengundang jatuhnya nama serta tahap sesebuah institusi itu di mata dunia/masyarakat.

    Tidak menjadi masalah sekiranya penggunaan Internet sebagai salah satu rujukan untuk pembelajaran diteruskan kerana banyak saluran yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang sah dan sahih. Bergantung kepada pengguna untuk memahami serta mengenalpasti laman web yang menyediakan maklumat yang boleh dipercayai ini.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tidak dinafikan dengan dunia serba canggih ini, sumber maklumat boleh didapati di mana -mana sahaja. Lambakah maklumat dan ilmu di internet dengan hanya menggunakan enjin pencarian seperti Google, Yahoo, Msn dan lain-lain memudahkan lagi pencarian maklumat di Internet.

    Akan tetapi, tidak semua maklumat yang didapati boleh digunapakai dan disahihkan kebenarannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, tiada siapa yang memiliki Internet, maka maklumat-maklumat tersebut bebas berada di Internet dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

    Jadi kita sebagai pengguna Internet, perlulah tahu samada maklumat yang kita perolehi boleh digunapkai dan boleh dipercayai atau tidak. Pastikan sumber yang diperolehi adalah sumber yang dipercayai, seperti contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat tesis atau jurnal kita boleh mendapatkannya dari organisasi-organisasi yang boleh dipercayai.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.

    Namun,pengambilan maklumat perlulah dipastikan kesahannya benar atau salah.Kita perlu berhati-hati dalam mengambil maklumat melalui internet dan elakkan daripada mengambil info-info yang terdapat di dalam wikipedia.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(SESI 2010/2011)
    FSSK(PEMBANGUNAN MANUSIA)

    ReplyDelete
  10. Sumber rujukan ilmiah dalam internet tidak dapat kita tentukan kebolehpercayaan bahan kerana tidak mempunyai orang yang menentukan sumber rujukan tersebut sah atau tidak. Adakah sumber itu dari yang tulen atau ciplak? Tetapi para pelajar yang tidak mahu berfikir panjang akan menerima sesuatu sumber itu tanpa mengira sumber itu betul atau tidak. Asalkan siap kerja yang diberi atau menyiapkan sesuatu perkara untuk dijadikan rujukan ilmiah. Sebagai seorang pelajar master bahasa melayu yang berpusat di kota bharu, saya tidak akan mengambil secara melulu sesuatu sumber dari internet. Sumber itu mesti di pastikan terlebih dahulu adakah betul atau penyataan peribadi untuk dimuatkan dalam blog mereka. Sebagai pengkaji bahasa melayu kita mesti mendapat sumber yang betul agar sesuatu topik yang ditulis dapat dimanfaatkan oleh orang lain dengan penuh nikmat kebahasaan.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  11. salam..
    Internet telah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat. Pengguna melayari Internet untuk pelbagai tujuan, antaranya untuk membaca berita terkini, dan sebagainya.internet memang memberikan kemudahan kepada manusia.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  12. Sekarang telah banyak sumber rujukan dalam internet yang boleh diguna pakai. Jurnal-jurnal boleh didapati secara online, dan buku pun boleh didapati dengan melayari web seperti google book, google scholar dan web-web yang memang menawarkan jurnal online seperti springer dan sciencedirect. Web seperti ini rujukannya memang boleh dipercayai. Tetapi jika ianya adalah satu web umum di mana semua orang bebas menulis maklumat, adalah mungkin untuk maklumat tersebut adalah satu maklumat yang palsu. Pada pendapat saya, untuk sumber rujukan internet, hanya jurnal atau ebook sahaja yang boleh dipercayai.

    Internet juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang belum lagi diaplikasikan secara meluas. Dengan akses yang semakin meluas dan service provider yang banyak dengan tawaran harga yang servis yang hebat, hampir semua orang mampu menggunakan internet. Dengan maklumat yang tidak terbatas, ICT adalah amat penting dalam pembelajaran terutamanya untuk mencari maklumat yang baru.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Sumber rujukan ilmiah dalam internet tidak dapat kita tentukan kebolehpercayaan bahan kerana tidak mempunyai orang yang menentukan sumber rujukan tersebut sah atau tidak. Adakah sumber itu dari yang tulen atau ciplak? Tetapi para pelajar yang tidak mahu berfikir panjang akan menerima sesuatu sumber itu tanpa mengira sumber itu betul atau tidak. Asalkan siap kerja yang diberi atau menyiapkan sesuatu perkara untuk dijadikan rujukan ilmiah. Sebagai seorang mahasiswa, kita tidak seharusnya mengambil secara melulu sesuatu sumber dari internet. Sumber itu mesti di pastikan terlebih dahulu adakah betul atau penyataan peribadi untuk dimuatkan dalam blog mereka. Kita mesti mendapat sumber yang betul agar sesuatu topik yang ditulis dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Selain daripada itu, bahan yang kita petik dari Britannica, Oxford Journals, JSTOR, Cambridge Journals Online dan lain-lain jurnal atas talian sudah tentu boleh dipercayai. Sebaliknya yang diambil dari web bebas itu yang perlu diragui tetapi masih boleh dibaca untuk mendapatkan sekadar maklumat atau idea.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  14. pada pendapat saya, tidak semua maklumat di internet adalah tepat. jika kita lihat situasi sekarang, ramai golongan pelajar terutamanya telah menjadikan internet sebagai medium mencari bahan rujukan untuk tugasan. sebagai pelajar kita harus sedar bahawa maklumat di internet tidaklah tepat berbanding mencari rujukan di buku-buku. sehubungan dengan itu, kita seharusnya memiliki sikap berintegriti dalam mencari sumber rujukan kerana perlakuan 'copy paste' merupakan kategori ciplak harta intelektual.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Anuar,

    Sepertimana yang telah diperkatakan oleh saudara, penyampaian maklumat di dalam internet amat meluas sesiapa sahaja boleh memuatnaik maklumat yang ingin disampaikan. Boleh jadi maklumat tersebut palsu, boleh jadi juga ia adalah benar. Walaubagaimanapun bagi mengukur tahap kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu bergantung kepada jenis sumber maklumat yang diperoleh misalnya dari ukm gemilang,google scholar dan sebagainya. Jika pengguna ingin menggunakan maklumat selain jurnal,misalnya daripada blog. Perlu juga diketahui siapa penulisnya sama ada daripada golongan akademik atau sebaliknya.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..

    Bagi saya pencarian maklumat melalui internet bukan permasalahan yang besar. Kesahihan maklumat yang diperoleh bergantung pada kebijaksanaan individu pelajar tersebut dalam memperoleh sumber maklumat yang dipercayai. Hari ini kita boleh mendapatkan maklumat yang tepat dengan menggunakan jurnal dan buku atas talian. Selain itu, pelajar sendiri perlu memahami etika penggunaan sumber maklumat dalam internet terutamanya dalam melibatkan isu 'copyright'. Sejauh mana kredibiliti pencarian maklumat dalam internet sesungguhnya bergantung pada pelajar terbabit dalam menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi.

    SITI KHADIJAH OMAR
    A125169
    TAHUN 3 FST SEM 2 2010/2011
    SELASA 8-10 PM, MAKMAL 3

    ReplyDelete